Selasa, 26 Januari 2016

RESTORAN TUPAI TUPAI

SEJARAH RESTORAN

Restoran Tupai-Tupai mula membuka cawangan pertamanya di Jalan Bukit Bintang, off Jalan Istana, Kuala Lumpur. Restoran ini menyajikan gabungan luas makanan kegemaran Malaysia dari Kuey Teow Goreng Cina, Mee Goreng Mamak dan Asam Pedas Melayu yang telah mendapat sijil Halal dari Jakim. Di Shah Alam, Restoran Tupai-Tupai juga boleh dikunjungi di No 2, Jalan Lompat Tinggi,13/33 seksyen 13 40100, Shah Alam yang berdekatan dengan The Sri Acappela Apartment di tadisma Business Park. Selangor. Selain itu, ia juga mempunyai cawangan di Ampang dan Bangi.


KONSEP 

Di Restoran Tupai-Tupai, pelanggan dapat memilih antara hidangan seperti buffet ataupun ala carte yang mana mereka menghidangkan makanan seperti Chinese seafood, steamboat, Malay dishes and Western food.Selain itu, Ia bertemakan ala fresco yang mana berkonsep terbuka dan santai. Dan juga kelilingi dengan pokok buah kelapa. Yang mana dapat memberi ketenangan ketika menjamu selera. Restoran sangat bersesuaian dengan mereka ingin menjamu selera bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. Restoran ini akan menarik pelanggan mereka dengan memberi pelbagai jenis promosi dan juga iklan di laman web.


KELAINAN DAN KEUNIKANNYA

Restoran ini sangat popular dengan buffet steamboat. Pelanggan juga dapat menikmati hidangan buffet secara ala-ala “ALL YOU CAN EAT”. Ia juga mempunyai pelbagai jenis sup seperti tomyam, sup ayam dan juga coconut milk. Walaupun harga makanan di restoran itu  agak mahal tapi makanan disitu sangat sedap dan memuaskan. Ini sangat mudah di lihat kerana tidak banyak restoran yang mengunakkan konsep seperti restoran ini. Kerana ia menggunakan konsep yang bertemakan ala fresco yang mana ianya terbuka dan santai. Dan juga dikelilingi dengan pokok buah kelapa


MENU DAN HARGA



MAKANAN



MINUMAN






















Selasa, 12 Januari 2016

GREASE CHEESE STEAK RESTAURANT

SEJARAH GREASE CHEESE STEAK RESTAURANT


Restoran Grease Cheese steak telah beroperasi selama dua tahun iaitu pada 20 Julai 2013. Restoran ini tidak mempunyai tidak membuka cawangan di mana mana lagi, di Seksyen 13 satu satunya ada kedai ini. Restoran ini menyediakan menu lebih daripada 40 jenis makanan dan minuman yang mampu menarik minat pelanggan untuk merasai masakan yang berbeza. Makanan restoran ini berkonsepkan western dan pasta.


KONSEP


Restoran Grease Cheesesteak ni menghidangkan 100% makanan barat. Kebanyakan makanan yang dihidangkan pedas pedas sangat sesuai untuk orang yang minat makanan pedas. Hiasan dalaman dan luaran Restoran Grease ni memang cantik dengan rekaan kedai yang santai dan menarik. Makanan yang dihidang juga besar saiz dan banyak. Walaupun agak mahal sedikit tapi mengenyangkan dan sedap.


KEUNIKKAN

Hidangan yang disediakan di restoran ini berbeza sedikit dari kedai lain. Konsep hiasan restoran ini juga agak menarik dan ada indoor dengan outdoor.

TEXAS CHILI BURGER

CHILI CHEESE NANCHOS








MENU DAN HARGA


MENU DAN HARGA YANG DITAWARKAN


















Sabtu, 2 Januari 2016

BURGERBYTE SEKSYEN 7

SEJARAH BURGERBYTE


 Franchise Burger Byte ditubuhkan oleh artis yang terkenal iaitu Zizan Razak. Nama Franchise Restaurant Burger Byte ini di ambil kerana artis tersebut kagum dengan masakan barat dan telah memilih untuk membuka Franchise Restaurant Burger Byte ini di malaysia. Pembukaan Franchise Burger Byte ini di buka pada SEPTEMBER 2013 iaitu di Damansara Perdana sebagai Franchise Restaurant Burger Byte yang pertama. Namun pada waktu sekarang ini artis tersebut telah membuka banyak cawagan di seluruh negara dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Selain itu juga artis terkenal ini mengambil dalam bidang kulinari sebelum menjadi artis yang terkenal pada masa sekarang dan menggunakan peluang tersebut untuk menceburi dalam bidang pernigaan ini.



KONSEP


Konsep Franchise Restaurant Burger Byte ini adalah konsep seperti tema barat kerana franchise ini menyediakan makanan barat seperti burger , spaghetti dan makanan untuk kanak – kanak juga di sediakan. Selain itu juga tema franchise ini amat cantik serta sedap mata memandang apabila sedang makan bersama rakan ataupun keluarga kerana dengan warna yang menarik serta permandangan yang indah ketika sedang makan. Saya galakkan kepada anda semua untuk mencuba Franchise Restaurant Burger Byte ini berdekatan dengan anda.


KEUNIKAN DAN KELAINANNYA


Keunikkan dan kelainan di franchise Restaurant Burger Byte ini adalah burgernya berbeza dengan burger-burger terdapat di malaysia kerana resepi burger tersebut berbeza dengan burger lain dan mempunyai kelainan dari segi daging nya serta rasa nya amat sedap seperti terasa masakan barat. Selain itu juga, mempunyai pelanggan yang ramai pada hari minggu dan pelanggan tersebut terdiri daripada pelajar, keluarga, pegawai kerajaan dan lain – lain lagi. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 5 petang hingga ke 3 pagi.     



MENU DAN HARGA



NANCHOS WITH CHILI MEAT
BEEF CHILI MEAT
JALAPENO WITH CHILI MEAT

       
MENU BURGERBYTE