Selasa, 26 Januari 2016

RESTORAN TUPAI TUPAI

SEJARAH RESTORAN

Restoran Tupai-Tupai mula membuka cawangan pertamanya di Jalan Bukit Bintang, off Jalan Istana, Kuala Lumpur. Restoran ini menyajikan gabungan luas makanan kegemaran Malaysia dari Kuey Teow Goreng Cina, Mee Goreng Mamak dan Asam Pedas Melayu yang telah mendapat sijil Halal dari Jakim. Di Shah Alam, Restoran Tupai-Tupai juga boleh dikunjungi di No 2, Jalan Lompat Tinggi,13/33 seksyen 13 40100, Shah Alam yang berdekatan dengan The Sri Acappela Apartment di tadisma Business Park. Selangor. Selain itu, ia juga mempunyai cawangan di Ampang dan Bangi.


KONSEP 

Di Restoran Tupai-Tupai, pelanggan dapat memilih antara hidangan seperti buffet ataupun ala carte yang mana mereka menghidangkan makanan seperti Chinese seafood, steamboat, Malay dishes and Western food.Selain itu, Ia bertemakan ala fresco yang mana berkonsep terbuka dan santai. Dan juga kelilingi dengan pokok buah kelapa. Yang mana dapat memberi ketenangan ketika menjamu selera. Restoran sangat bersesuaian dengan mereka ingin menjamu selera bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. Restoran ini akan menarik pelanggan mereka dengan memberi pelbagai jenis promosi dan juga iklan di laman web.


KELAINAN DAN KEUNIKANNYA

Restoran ini sangat popular dengan buffet steamboat. Pelanggan juga dapat menikmati hidangan buffet secara ala-ala “ALL YOU CAN EAT”. Ia juga mempunyai pelbagai jenis sup seperti tomyam, sup ayam dan juga coconut milk. Walaupun harga makanan di restoran itu  agak mahal tapi makanan disitu sangat sedap dan memuaskan. Ini sangat mudah di lihat kerana tidak banyak restoran yang mengunakkan konsep seperti restoran ini. Kerana ia menggunakan konsep yang bertemakan ala fresco yang mana ianya terbuka dan santai. Dan juga dikelilingi dengan pokok buah kelapa


MENU DAN HARGA



MAKANAN



MINUMAN






















Selasa, 12 Januari 2016

GREASE CHEESE STEAK RESTAURANT

SEJARAH GREASE CHEESE STEAK RESTAURANT


Restoran Grease Cheese steak telah beroperasi selama dua tahun iaitu pada 20 Julai 2013. Restoran ini tidak mempunyai tidak membuka cawangan di mana mana lagi, di Seksyen 13 satu satunya ada kedai ini. Restoran ini menyediakan menu lebih daripada 40 jenis makanan dan minuman yang mampu menarik minat pelanggan untuk merasai masakan yang berbeza. Makanan restoran ini berkonsepkan western dan pasta.


KONSEP


Restoran Grease Cheesesteak ni menghidangkan 100% makanan barat. Kebanyakan makanan yang dihidangkan pedas pedas sangat sesuai untuk orang yang minat makanan pedas. Hiasan dalaman dan luaran Restoran Grease ni memang cantik dengan rekaan kedai yang santai dan menarik. Makanan yang dihidang juga besar saiz dan banyak. Walaupun agak mahal sedikit tapi mengenyangkan dan sedap.


KEUNIKKAN

Hidangan yang disediakan di restoran ini berbeza sedikit dari kedai lain. Konsep hiasan restoran ini juga agak menarik dan ada indoor dengan outdoor.

TEXAS CHILI BURGER

CHILI CHEESE NANCHOS








MENU DAN HARGA


MENU DAN HARGA YANG DITAWARKAN


















Sabtu, 2 Januari 2016

BURGERBYTE SEKSYEN 7

SEJARAH BURGERBYTE


 Franchise Burger Byte ditubuhkan oleh artis yang terkenal iaitu Zizan Razak. Nama Franchise Restaurant Burger Byte ini di ambil kerana artis tersebut kagum dengan masakan barat dan telah memilih untuk membuka Franchise Restaurant Burger Byte ini di malaysia. Pembukaan Franchise Burger Byte ini di buka pada SEPTEMBER 2013 iaitu di Damansara Perdana sebagai Franchise Restaurant Burger Byte yang pertama. Namun pada waktu sekarang ini artis tersebut telah membuka banyak cawagan di seluruh negara dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Selain itu juga artis terkenal ini mengambil dalam bidang kulinari sebelum menjadi artis yang terkenal pada masa sekarang dan menggunakan peluang tersebut untuk menceburi dalam bidang pernigaan ini.



KONSEP


Konsep Franchise Restaurant Burger Byte ini adalah konsep seperti tema barat kerana franchise ini menyediakan makanan barat seperti burger , spaghetti dan makanan untuk kanak – kanak juga di sediakan. Selain itu juga tema franchise ini amat cantik serta sedap mata memandang apabila sedang makan bersama rakan ataupun keluarga kerana dengan warna yang menarik serta permandangan yang indah ketika sedang makan. Saya galakkan kepada anda semua untuk mencuba Franchise Restaurant Burger Byte ini berdekatan dengan anda.


KEUNIKAN DAN KELAINANNYA


Keunikkan dan kelainan di franchise Restaurant Burger Byte ini adalah burgernya berbeza dengan burger-burger terdapat di malaysia kerana resepi burger tersebut berbeza dengan burger lain dan mempunyai kelainan dari segi daging nya serta rasa nya amat sedap seperti terasa masakan barat. Selain itu juga, mempunyai pelanggan yang ramai pada hari minggu dan pelanggan tersebut terdiri daripada pelajar, keluarga, pegawai kerajaan dan lain – lain lagi. Kedai ini beroperasi setiap hari pada pukul 5 petang hingga ke 3 pagi.     



MENU DAN HARGA



NANCHOS WITH CHILI MEAT
BEEF CHILI MEAT
JALAPENO WITH CHILI MEAT

       
MENU BURGERBYTE





Selasa, 29 Disember 2015

PAK LI KOPITIAM SEKSYEN 13

SEJARAH PAK LI KOPITIAM


Pada 30 tahun dahulu, Pak Li Kopitiam bermula dengan pengalaman perkhidmatan makanan mereka di Klang. Selama ini, hidangan istimewa mereka menjadi sangat popular di kalangan pelanggan mereka. Dan dengan galakan dan maklum balas daripada pelanggan-pelanggan, mereka menceburi perniagaan restoran dengan membuka Nyonya Kitchen pertama mereka pada Oktober 1998 di Klang, yang menyediakan kualiti tinggi iaitu masakan Nyonya Halal.
            Idea untuk Pak Li Kopitiam ditanam apabila ramai rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan mereka memberi komen bahawa ia adalah sukar untuk mencari kopitiam yang berkhidmat makanan tempatan yang baik pada harga yang berpatutan dalam persekitaran yang bersih. Dan mereka bersetuju.
            Dari maklum balas ini, mereka membangunkan konsep mereka dengan misi yang berkembang di sekitar persekitaran tempat yang bersih dan selesa dengan suasana muhibbah di mana rakyat berbilang kaum boleh dapat bersama-sama untuk menikmati makanan yang dicipta dengan resipi tradisional mereka. Dengan konsep itu dalam fikiran, mereka menubuhkan Pak Li Kopitiam pada September 2005, dengan cawangan pertama mereka di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
            Nama Pak Li dipilih sebagai satu penghormatan kepada semua pertolongan Pak Cik dan Mak Cik yang menyumbang idea selama ini yang membantu memperbaiki resipi mereka dan juga disebabkan oleh fakta bahawa Ali dan Ah Lee adalah nama-nama yang biasa bagi orang Melayu dan Cina. Dari permulaan pembukaan Pak Li, kami telah diterima dengan baik. Kebanyakan maklum balas yang kami terima bahawa makanan dan minuman kami yang sedap dan pada harga yang berpatutan, persekitaran kami adalah baik dan bersih dan perkhidmatan yang bagus.
            Malah, TV3 Jalan-jalan Cari Makan melawat Pak Li Kopitiam selepas 9 bulan mereka mula-mula dibuka. Mereka adalah salah satu daripada dua restoran yang pertama di Klang yang  dipaparkan dalam program TV popular ini. Selepas itu, mereka membuka lebih banyak cawangan di Lembah Klang.
            Mereka merancang untuk menambah bilangan cawangan melalui francais. Mereka mula bekerja dengan Francorp Malaysia pada Februari 2008 untuk penetapan sistem francais mereka dan sasaran untuk didaftarkan sebagai francaisor dengan Pejabat Pendaftaran Francais pada tahun 2009 dan selepas itu bermula pengambilan mereka sebagai francais.
            Selepas mereka berkembang maju, mereka memahami akan kepentingan mewujudkan dan menerapkan ke dalam misi Budaya Korporat mereka yang akan menyelaraskan semua kakitangan mereka ke arah berusaha untuk mencapai Wawasan dan Korporat mereka. Mereka melakukan ini dengan mengadakan komunikasi yang tetap dan sesi latihan dengan semua peringkat kakitangan.
            Misi mereka untuk mencapai pengiktirafan yang luas dalam kebersihan apabila semua premis mereka itu diberikan gred "A" untuk kebersihan oleh majlis-majlis bandar. Mereka memenangi beberapa anugerah dan outlet pertama mereka di Bukit Tinggi Klang menunjukkan konsistensi mereka dalam kebersihan dalam 2 pertandingan MPK 2008.
            Bagi meningkatkan lagi kualiti mereka, mereka telah memulakan mendapat HACCP dan pusat dapur mereka disahkan. Mereka mensasarkan untuk mempunyai HACCP ini pada tahun 2009.




KONSEP


Konsep yang boleh kami bagitahu tentang Pak Li Kopitiam ni adalah restoran ni lebih kepada 'Family casual dining'. Restorannya juga selesa dari segi suasananya, dekorasi yang ringkas, pelayan melayan pelanggan dengan baik, tersusun atur dan menarik minat pelanggan yang datang untuk makan. Benda yang paling menarik minat kami ialah pintu masuknya mengimbau kenangan gaya baba nyonya di Melaka. Anda tidak perlu risau jika anda tidak sempat untuk menunaikan solat kerana restoran ini menyediakan surau untuk anda solat dan tandas yang selesa. Pak Li Kopitiam juga mempunyai banyak cawangannya di Malaysia.


MENU DAN HARGA






MAKAN BERSAMA KAWAN-KAWAN